Entertainment

Ras Adiba Tuntut Permohonan Maaf Secara Terbuka, ‘Kak Long’ Kena Buat Aktiviti Amal – ‘Usah Ajuk Kami Kifarah Itu Benar’


Gara-gara melakukan riak wajah serta tingkah laku yang dikatakan mempersendakan orang kelainan upaya (OKU), Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi menuntut permohonan maaf daripada Kak Long 7E.

Artikel Berkaitan: Aaron Aziz Kongsi Pasal OKU & Publisiti, Netizen Tanya Dah ‘U-Turn’ Ke Dengan Kak Long? – ‘Orang Macam Ini Jangan Dipeduli Dia Nak Perhatian’

Artikel Berkaitan: ‘Henti Beri Publisiti, Kak Long Tak Layak Muncul Di Stesen Televisyen’ – Awal Ashaari

Bukan pertama kali berlaku

Menerusi satu kenyataan pada Khamis, Ras Adiba berasa kecewa dan marah dengan tindakan ‘Kak Long’ yang tidak menjaga sensitiviti dan hilang rasa hormat terhadap golongan OKU.

Susulan itu, Ras Adiba menggesa agar ‘Kak Long’ membuat permohonan maaf secara terbuka dan dikehendaki melakukan aktiviti amal sebagai pengajaran.

Kami OKU amat kecewa dan marah dengan tindakan sesetengah individu yang sentiasa melakukan perbuatan seperti ini.

Saya menyeru agar individu berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka serta melakukan aktiviti amal sebagai pengajaran kepada beliau dan orang lain.

Tak gemar dipersendakan

 

View this submit on Instagram

 

A submit shared by Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi)

Tegasnya, berlakon sebagai OKU bukan modal untuk membuat kandungan dan menjadi terkenal di media sosial.

Dalam pada itu, Ras Adiba yang juga merupakan Presiden OKU Sentral menyeru semua persatuan dan pertubuhan OKU untuk membuat laporan polis terhadap individu berkenaan supaya tindakan dapat diambil mengikut lunas undang-undang.

Ramai lupa bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengklasifikasikan perbuatan memalukan fizikal seseorang secara lisan mahupun di alam maya sebagai jenayah di bawah Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Saya memohon kerajaan untuk meminda Akta 588 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan dengan memasukkan hukuman lebih berat supaya tindakan mengaibkan orang khususnya OKU tidak dilakukan.

Kita perlu pastikan bahawa (golongan OKU) bukan sesuatu yang boleh dipermainkan dan kami tidak boleh diperkotak-katikkan kerana kami OKU. Kami mempunyai perasaan, kami mempunyai kehendak dan maruah jadi ini mesti dihentikan.

Pada Isnin, viral video Kak Long melakonkan gaya tempang dan herot. Tindakan itu telah membuatkan warganet marah dan difahamkan ada golongan OKU yang sudah membuat laporan polis kerana rasa terhina.

Sebelum ini, Kak Long pernah mengamuk di kedai serbaneka gara-gara berang apabila anak lelakinya dituduh mencuri oleh seorang pekerja. Bagaimanapun, permohonan maaf sudah dibuat dan dia akui menyesal kerana sudah bertindak keterlaluan.

Sumber: Instagram @rasadibaradzi





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close