Entertainment

Remy Ishak Belum Sedia Ada Anak, Takut Terkenan Watak Benci Budak


Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan isteri kepada pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof sedang berbadan dua.

Bagaimanapun, Remy berkata masih belum ada rezeki buat mereka menimang cahaya mata buat masa sekarang.

BACA: Netizen Nampak Child Bump, Isteri Remy Ishak Hamil?

“Mungkin orang salah pandang dan kerana baju yang isteri saya pakai itu besar dikatakan hamil. Kami masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata sekarang ini,” katanya.

Bakal muncul drama terbaru berjudul Jangan Benci Cinta, membawa watak Zafran iaitu seorang lelaki panas baran dan tidak suka anak kecil, Remy berkata dia bimbang jika sikap tersebut melekap pada dirinya jika bergelar bapa.

Menurut Remy, dia juga percaya dengan kata-kata ‘terkenan’ seperti yang selalu disebut dalam kalangan orang Melayu.

“Bimbang juga isteri saya hamil dalam tempoh saya membawakan watak dalam drama ini. Saya takut nanti terbawa-bawa dalam diri sendiri kerana Zafran selalu melontarkan dialog marah dan tidak suka kepada seorang kanak-kanak OKU.

“Sebelum ini saya tidak percaya kalau orang bercakap tentang terkenan, tapi bila sering berlaku dan melihat sendiri saya tahu perkara itu boleh terjadi,” katanya.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close