Entertainment

Risau Anak Disentuh Sesuka Hati, Ibu Tampal Notis Atas Dahi Bayi


Menjadi kebiasaan kepada ramai orang, apabila melihat bayi atau kanak-kanak yang masih kecil sudah tentu akan merasa geram sehingga ada yang ingin mencubit manja atau mencium mereka.

Namun, perlu diingatkan bahawa golongan ini adalah antara golongan yang mudah sekali terdedah kepada masalah kesihatan dek antibodi yang masih belum kuat seperti orang dewasa.

Notis ‘jangan dicium!’ atas dahi

Foto: Tiktok @efadina

Menerusi perkongsian video seorang wanita dengan nama pengguna @efadina di laman Tiktok, dia yang gusar sekiranya ramai masih tidak faham akan situasi tersebut bertindak mengambil inisiatif sendiri demi keselamatan anaknya. Dalam perkongsian itu, dia yang membawa bayinya keluar berjumpa orang ramai bertindak menampal notis kecil di atas dahi bayinya.

Dalam perkongsian video yang berbeza, Efadina turut menulis pada kapsyen dan berkata, sekiranya apa-apa berlaku kepada bayinya, hanya dia seorang yang akan menanggung payah untuk merawat anaknya itu.

Kerana kalau bayi sakit, adakah yang mencium akan tolong jaga dan ubatkan berubat?

Jelas sekali taktik tersebut membuahkan hasil selepas orang luar yang geram melihat bayi berkenaan tidak lagi sesuka hati menyentuhnya tanpa keizinan. Tambahnya lagi, kini dia lebih yakin untuk membawa cahaya matanya itu bersiar-siar di luar.

‘Orang lain tak tahu rasa bila anak sakit’

Ketika artikel ditulis, perkongsian tersebut telahpun mendapat jumlah tontonan lebih 1 juta, dan 38 ribu tanda suka. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha yang diambil ibu muda tersebut. Dalam pada itu, ramai juga yang sempat berkongsikan pengalaman yang hampir sama.

Sumber: Tiktok @efadina



Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.