Entertainment

Safiey Ilias Akan Masuk Pusat Rehabilitasi


Lama rasanya tak dengar cerita mengenai usahawan kontroversi, Safiey Ilias. Terbaru, Safiey memaklumkan akan masuk ke pusat rehabilitasi minggu hadapan.

Memetik Harian Metro, Safiey berkata dia dinasihatkan untuk menjalani rawatan sakit psychological berikutan tahap kesihatan psychological dialami semakin kronik dan membimbangkan doktor yang merawatnya.

BACA: “Orang Komen Kata Suara Saya Sedap” – Safiey Ilias

“Kalau tak masuk pusat rehabilitasi dibimbangi saya akan buat perkara di luar jangkaan iaitu bunuh diri.

Insya-Allah minggu depan saya dah kena masuk pusat rehabilitasi. Perkara ini dicadang dan dinasihatkan oleh doktor psikiatri, Dr Rafidah yang merawat saya sejak 2015 lagi. Katanya, ia bagus demi masa depan saya.

“Jika terus dibiarkan, dia risau saya ambil dadah pula dan rosakkan diri dengan bermacam-macam lagi. Jadi, baik bertindak sekarang sebelum menjadi lebih parah. Dia beritahu saya juga, di tempat itu sudah ramai yang sembuh,” katanya.

Turut memohon doa agar dia berjaya pulih, Safiey berkata urusan perniagaannya diserahkan sementara pada bapa dan adik sepanjang dia mendapatkan rawatan.

“Saya akan menyerahkan urusan perniagaan kepada adik dan ayah sementara saya dalam proses berehat dan dirawat. Doakan saya. Maafkan saya jika sudah mengecewakan ramai orang.

“Berilah saya peluang selepas saya berjaya memulihkan jiwa dan raga saya. Kepada mak dan ayah, ampunkan saya. Saya banyak kecewakan ayah. Berikan saya peluang terakhir tebus salah. Ampunkan aku ya Allah,” katanya.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.