Entertainment

Saudara Kelantan Puji Bilal Segak & Iras Dengan Jebat Jayden, Peminat Neelofa Lagi Teruja


Pasangan selebriti Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dan Neelofa masih kekal dengan pendirian untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka, Muhammad Bilal.

Artikel Berkaitan: ‘Kawan-Kawan Mak, Saudara Dari Kelantan & Besut Yang Kirim Duit Raya Untuk Bilal’ – Neelofa

Kulit putih pink

@natashamaria.khan? Hari Raya – IamNeeta & Najwa Latif & Mimie Haris & Deanna Hussin

Terbaru, menerusi TikTok @Natasha Maria Khan memberi gambaran wajah Bilal selepas ditunjuk oleh ibu Neelofa, Datin Noor Kartini yang pulang ke kampung halaman di Pasir Mas, Kelantan.

Katanya, Bilal memiliki raut wajah yang segak dan mukanya seakan sama dengan Haris dan Jebat Jayden yang merupakan anak kepada kakak Neelofa iaitu Noor Nabila bersama aktor Sharnaaz Ahmad.

Dapat la juga tengok newest wajah Bilal. Segak betul Bilal. Kulit putih pink nah. Masa lahir hari tu muka Lofa (Neelofa). Ni (sekarang) dah muka Haris. Sikit-sikit ada macam Jayden.

Tengok Bilal dalam telefon bimbit mama (Noor Kartini) pun jadi la.

Terima kasih kongsi

Video tersebut telah mendapat lebih 600,000 tontonan selepas dimuat naik. Di ruangan komen, rata-rata peminat bekas hos MeleTOP bertambah teruja untuk melihat wajah Bilal.

@Mama_ayan17: Okey dah boleh bayang dah.

@Babyakma_: Terima kasih bagi gambaran muka Bilal.

@Ayuharis305: Alhamdulillah.. Semoga Bilal membesar dengan sihat. Amin..

@Nuruldir: Terima kasih kerana bagi tahu. Kalau tak, jadi tanda tanya ja.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah lodge terkemuka di ibu negara pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

Sumber: TikTok @Natasha Maria Khan



Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.