Entertainment

“Saya Khuatir Crack Tiga Kali, Takut Gila Seperti Sebelum Ini”


Penyanyi Nasyid, Yasin Sulaiman merayu kepada Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini untuk memberikan jaminan berikutan masalah kesihatan mentalnya yang semakin terjejas.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Yasin sempat memaklumkan kesihatannya terjejas serta bimbang penyakit bipolar dihadapinya menyerang semula kerana memerlukan ubat tambahan.

BACA: Anak-Anak Menunggu Kepulangan Yasin

“Saya ada diberikan bekalan ubat (semasa ditahan reman) tapi saya perlukan ubat tambahan. Saya khuatir akan crack tiga kali, takut gila seperti sebelum ini,” katanya.

Terdahulu Yasin mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara pada 24 Mac lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas didakwa atas pertuduhan mengedarkan dadah jenis ganja seberat 214 gram.

Sementara itu, peguamnya Yusmadi Yusoff mengatakan Yasin disahkan menghidap bipolar serius sejak tahun 2009. Kali terakhir Yasin mendapatkan rawatan adalah pada 2 bulan lepas.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.