Entertainment

Scha Alyahya Menangis Terpaksa Berjauhan 45 Hari Dengan Suami, Anak-Anak


Pelakon Scha Alyahya mengakui berat hati untuk meninggalkan anak-anak apabila bakal menjalani penggambaran filem Telaga Suriram di luar Kuala Lumpur selama 45 hari.

Kata pelakon berusia 39 itu lagi, meskipun Awal Ashaari memberi keizinan namun dia tetap bimbang membiarkan suamnya menguruskan dua orang anak mereka.

BACA: Scha Alyahya Kurang Berbual Dengan Awal Ashaari Lepas Lahirkan Anak Kedua

“Berat rasa hati… tidak dinafikan hati saya sangat berat nak tinggalkan anak-anak yang masih kecil. Kadang-kadang terfikir, betul ke apa yang saya buat ini.

“Watak itu dah berat, tambah pula lokasi penggambaran jauh dari KL dan lama. Jarang saya buat benda ini. Bagi saya, ia satu pengorbanan.

“Saya dah cakap dekat Awal dan dia sangat memahami sehingga saya menangis. Sebab dah lama tak buat, jadi rasa lain,” katanya.

Dalam pada itu, Scha berkata urusan anak ke sekolah dia yang sediakan namun dia sudah pun memberitahu suaminya apa yang perlu dilakukan.

“Sebab bab urusan anak nak ke sekolah memang saya yang sediakan. Awal tak tahu sistem sekolah tapi saya beritahu la dia macam mana nak buat,” katanya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close