Entertainment

“Sedih Orang Tuduh Bukan-Bukan, Ada Yang Doakan Saya Mati”


Sejak kebelakangan ini nama pelakon Puteri Balqis kembali menjadi bualan ramai sehingga ada yang terkejut dengan penampilan terkininya.

Meskipun ramai yang mengharapkan dirinya yang dahulu, gadis berusia 14 tahun itu berkata tidak mungkin dia akan menjadi seorang gadis ceria dan periang seperti sebelum.

BACA: Noorkhiriah Puji Sifat Lemah Lembut Puteri Balqis, Tinggi Budi Bahasa

“Ramai yang mahukan saya jadi seperti dahulu. Tapi saya yang dahulu adalah Puteri Balqis yang gagal. Gagal dalam menilai orang dan gagal dengan pujian. Saya tidak tahu antara madu dan racun,” katanya.

Kata Balqis lagi, dia turut berdepan tekanan perasaan kerana merasakan gagal mempertahankan ibunya apabila ada netizen memfitnah ibunya penagih dadah.

“Paling saya tertekan sebab saya gagal pertahankan ibu saya. Orang cakap ibu penagih dadah dan gunakan saya untuk cari duit. Jadi saya lebih selesa jadi diri yang sekarang.

“Walaupun saya boleh bersuara, tapi orang tidak dengar. Sekarang saya hendak beritahu bahawa ‘Puteri Baqis’ yang dahulu gagal,” katanya.

Menurut Balqis lagi, dia lebih kesal apabila dibuli teruk sehingga ada yang mengatakan dia akan ‘membunuh’ ibunya sendiri suatu hari nanti.

“Bagaimana saya boleh melakukan perkara itu (bunuh ibu)? Ibu satu-satunya insan yang saya ada. Ibu pernah menangis di kaki saya sebab kata dia gagal menjadi seorang ibu yang baik.

“Sedih bila orang juga tuduh saya yang bukan-bukan. Orang kata saya psiko, tidak terjaya dan tidak terurus. Malah ada juga yang doakan saya mati. Walaupun saya nampak okey, saya masih manusia yang ada hati,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Puteri Balqis dilihat ada memuat naik foto memakai skirt pendek dan berstoking panjang berwarna hitam yang dihiasi corak tengkorak sehingga mencetuskan tanda tanya netizen.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.