Entertainment

Selepas 6 Bulan Kahwin, Haqiem Rusli & Isteri Honeymoon Di Turki


Penyanyi Haqiem Rusli dan isterinya, Wan Anis Sofea memilih untuk berbulan madu di Turki selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Menerusi Instagram, Haqiem dilihat tidak lokek berkongsikan momen indah bersama isteri di Istanbul buat para peminatnya.

BACA: “Paksa Diri Berhijab, Nanti Akan Jatuh Cinta Nak Tutup Aurat” – Isteri Haqiem Rusli

Diruangan komen, ramai yang mengucapkan selamat berbulan madu buat pasangan itu. Malah, ada yang menggelarkan pasangan itu Justin dan Hailey Bieber versi Malaysia.

Terdahulu, Anis Sofea mendirikan rumah tangga dengan Haqiem Rusli pada 19 November tahun lalu di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.