Entertainment

Semakan & Tarikh Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024


KPM: Semakan & Tarikh Pendaftaran  Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024 ~ Kepada ibu bapa/penjaga terutamanya yang ingin mendaftarkan anak anda untuk masuk bersekolah Tahun 1 pada 2023 dan 2024, sila ambil perhatian. 

Semakan & Tarikh Pendaftaran  Murid Tahun 1 KPM

Permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024 boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022 sehingga 30 April 2022 kelak. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online).

Sebelum mendaftar, sila semak syarat pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024 seperti dibawah:

  • Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
  • Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018

Dokumen Yang Diperlukan

  • Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
  • Sijil Lahir murid
  • Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
  • Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
  • Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
  • Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
  • Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)

Tarikh-Tarikh Penting

  • Tarikh Mula : 1 Mac 2022
  • Tarikh Tutup : 30 April 2022
  • Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2022
  • Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2022

Cara Membuat Pendaftaran

KPM 

SIla ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:

  • Sila layari portal SPATKPM https://public.moe.gov.my/
  • Klik Pengguna Baru
  • Tekan Daftar Pengguna 
  • Klik Daftar
  • Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
  • Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
  • Klik Permohonan Baharu
  • Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
  • Lengkapkan maklumat berikut: Maklumat murid, Maklumat kesihatan, Maklumat penjaga
  • Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  • Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  • Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  • Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  • Status permohonan murid akan dipaparkan.

NOTA: Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan penempatan Tahun 1 di sekolah yang diinginkan, sila hubungi nombor telefon atau emelkan pertanyaan andal mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.

Anda rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH seperti yang tertera di pautan berikut: https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close