Entertainment

Singapura Rampas 18kg Dadah Dalam Sebuah Kereta Yang Baru Tiba Dari Malaysia



Sekadar gambar hiasan

Agensi anti-narkotik Singapura mengumumkan telah merampas hampir 18kg dadah jenis heroin dalam sebuah kereta yang tiba dari Malaysia. Menerusi laporan media Singapura, itu adalah tangkapan terbesar di negara itu dalam tempoh dua dekad.

Hasil rampasan cecah RM4.4 juta

Foto: Berita Mediacorp

Seramai tiga orang lelaki warga Malaysia yang berusia antara 23 dan 28 tahun telah ditahan berikutan dengan penemuan 17.7kg heroin, 261gm kristal methamphetamine dan 2gm pil ekstasi dalam sebuah kereta berdaftar Malaysia.

Menurut sumber, ketika pemeriksaan kenderaan di lakukan di Pusat Pemeriksaan Woodlands, seorang pemandu warga Malaysia berusia 28 tahun telah ditahan di tempat kejadian manakala dua lelaki warga Malaysia yang dipercayai sebagai penerima telah ditahan pada keesokan harinya.

Agensi narkotik menganggarkan dadah dirampas itu bernilai kira-kira SGD1.3 juta (RM4.4 juta). Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan. Menurut sumber, sesiapa yang didapati bersalah kerana mengedar lebih daripada 15 gram heroin (diamorphine) atau 250 gram methamphetamine boleh dikenakan hukuman mati.

Sumber: Berita Mediacorp



Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.