Entertainment

Suami Heliza Terkejut Kawan Taja Majlis Resepsi Di Hotel Sebagai Hadiah Kahwin


Hampir 21 hari mendirikan rumah tangga, kisah perkahwinan ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza masih lagi menjadi bualan ramai.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Mahadi mendedahkan majlis resepsi yang diadakan di The Light Hotel, Penang adalah hadiah daripada sahabat baiknya, Dato’ Haji Mohamed Aswan.

BACA:Imej Heliza Helmi Di Majlis Resepsi Bollywood Dipuji Sopan, Tak Over

Katanya lagi, dia mengakui terkejut apabila menerima hadiah tidak disangka itu serta bersyukur dapat menyantuni ahli keluarga, para guru, sahabat dan anak yatim yang turut memeriahkan majlis itu.

Bukan itu sahaja, isterinya juga turut menerima hadiah sebuah majlis resepsi tajaan sahabat baik, Mila Jirin daripada Bizmilla Wedding Centre yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Perkongsian Mahadi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meluahkan rasa syukur serta menyifatkan ianya rezeki berkahwin serta mendoakan rumah tangga pasangan itu kekal bahagia.

Terdahulu, pasangan itu bernikah pada 1 Januari 2022 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Pada majlis pernikahan itu, Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close