Entertainment

Suami Muda Diperli Macam Ibu & Anak, Jasmin Hamid Mohon Netizen Jangan Biadab


Pelakon, Jasmin Hamid meluahkan rasa kesal apabila segelintir netizen melemparkan kata-kata tidak baik terhadap dirinya dan suami, Nazmir Abd Rahman. Lebih teruk, mereka menyamakan dirinya dan suami seperti ibu dan anak.

Tolong jaga adab dan lisan

Mohon jaga adab dan lisan. Ini suami saya, bukan anak saya. Rezeki dan jodoh saya bersuamikan lelaki muda. Semuanya adalah perancangan Allah. Sebagai hambaNya yang beriman kita wajib percaya dengan jodoh, rezeki, ajal dan maut semuanya rahsia Allah. Adakah ada masalah penyakit Ain?

Menurut Jasmin, sudah rezekinya apabila dipertemukan jodoh dengan lelaki muda. Tambahnya, dia percaya bahawa ajal dan jodoh adalah rahsia Allah. Ujar Jasmin lagi, menyamakan dirinya dan suami seperti ibu dan anak merupakan salah satu contoh perbuatan lisan yang boleh mengguris hati kaum wanita.

Adakah kami yang ada gelaran ini, tidak berhak untuk hidup bahagia walaupun tiada harta dunia? Kenapa hitam sangat hati tu sampai sakit bila tengok orang lain bahagia? Seorang yang beriman dan berakhlak baik pasti akan sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain.

Jasmin juga memohon kepada semua agar sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya. Tegasnya, semua manusia di muka bumi ini berhak untuk bahagia walaupun mereka tiada harta di dunia ini.

Sumber: Jasmin Hamid





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.