Entertainment

Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor


Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor SPZAS 2022 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) kini dibuka.

Permohonan ini dibuka kepada semua pelajar yang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara .

Untuk makluman, sumbangan ini merupakan dana secara one-off dan ditawarkan bagi setiap peringkat pelajaran.

SPZAS adalah bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangot (LZS) bagi meringankan beban kos pendidikan bagi pelajar IPT dalam dan luar negara bagi golongan pertengahan.

Syarat-Syarat Permohonan SPZAS 2022

Permohonan SPZAS bagi pelajar IPT dalam negara hanya terbuka kepada pelajar semester/tahap dua (2) dan ke atas yang melanjutkan pengajian di peringkat :

  • Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi
  • Ijazah Sarjana Muda/Sijil Profesional

Permohonan SPZAS IPT luar negara pula hanya terbuka bagi pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan di negara berikut :

spzas 2022

Kriteria Kelayakan Bagi Permohonan SPZAS 2022

Pemohon juga perlu memenuhi kriteria-kriteria yang telah digariskan seperti berikut :

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Ketua keluarga/penjaga lahir dan menetap di Selangor/Bermastautin dan menetap di Selangor tidak kurang daripada 3 tahun.
  4. Bagi SPZAS IPT dalam negara, permohonan hanya untuk semester kedua (IPTA/IPTS)/SKM tahap dua(ILK/ILKS) dan ke atas sahaja (Bagi peringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi yang tiada semester/tahap adalah layak memohon).
  5. Bagi SPZAS IPT luar negara, permohonan hanya untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan di negara Mesir, Jordan dan Morocco.
  6. Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan RM7,000 bagi SPZAS IPT luar negara.

Kadar Sumbangan SPZAS 2022

Pelajar yang lulus permohonannya bakal menerima kadar sumbangan sebanyak RM 700 (SPZAS IPT dalam negara) dan RM 2,500 (SPZAS IPT luar negara) bagi setiap peringkat pengajian.

Tarikh Permohonan

Pelajar yang berminat boleh kemukakan permohonan dari 24 Januari sehingga 20 Februari 2022 secara atas talian.

Cara Memohon SPZAS 2022

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang Zakat Selangor di pautan berikut :

https://www.zakatselangor.com.my/spzas/

Pemohon perlulah memuat naik dokumen yang disenaraikan seperti berikut :

  1. Kad Pengenalan Pemohon
  2. Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga
  3. Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga
  4. Bil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  5. Slip gaji atau Borang Pengesahan Pendapatan Terkini(Bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  6. Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini/semasa (bagi pelajar IPT luar negara pengesahan adalah melalui Pegawai Atase Pendidikan Selangor)
  7. Borang Pengesahan Permastautinan yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  8. Penyata Akaun Bank Pemohon yang masih aktif (Bagi Pengesahan No Akaun Bank)
  9. Kad OKU (Jika Berkenaan)
  10. Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)
  11. Pasport dan Visa pemohon (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara)

Muat Turun Borang

Borang boleh dimuat turun di pautan berikut :

Borang Pengesahan Belajar

Borang Pengesahan Pemastautin

Borang Pengesahan Pendapatan

Semakan Status Permohonan SPZAS 2022

Pemohon yang berjaya akan menerima sumbangan dalam masa 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat.

Bayaran akan disalurkan ke akaun permohon secara EFT (Electronic Fund Transfer).

Maklumat Lanjut

Pemohon boleh hubungi talian Zakat Selangor di 1300-88-4343 untuk sebarang pertanyaan mengenai SPZAS.

Pemohon juga boleh rujuk pada Soalan Lazim (FAQ) berkenaan SPZAS 2022.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.