Entertainment

Syatilla Melvin Dedah Kos Bersalin ‘Caesar’ Sama Dengan Yamaha MT-15


Umum mengetahui, pelakon Syatilla Melvin baru sahaja melahirkan cahaya mata ketiganya, bayi perempuan pada 9 Mei lalu yang diberi nama Salama Samheizy.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Syatilla mendedahkan dia langsung tidak berpantang selepas melahirkan anak ketiganya itu. Perkara itu dikongsikan Syatilla menerusi sesi soal jawab bersama peminatnya.

BACA: Shaheizy Sam Tunjuk Wajah Anak, Pilih Nama Salama Samheizy

“Apa yang Tilla suka tentang berpantang?” tanya seorang pengikut.

“Suka semua sebab aku (saya) tak pantang langsung,” jawab Syatilla.

Lagi menguatkan bukti, ada peminat yang mendedahkan dia terjumpa Syatilla di sebuah pusat membeli belah Melaka.

Dalam pada itu, Syatilla turut menjawab persoalan netizen mengenai kos dia bersalin secara pembedahan baru-baru ini adalah sama harga dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenama Yamaha MT-15. Hasil tinjauan, motosikal tersebut dianggarkan berharga RM11,988.

Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Syeriv Samhiezy, 5 dan Sarima Samhiezy kini berusia 2 tahun.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.