Entertainment

Tahniah! Mira Filzah Umum Hamil Anak Pertama – ‘Usia Kandungan Akan Memasuki Trimester Ketiga Tidak Lama Lagi’


Kini Trending

Pernah memberitahu akan berkongsi berita kehamilan di waktu yang tepat, akhirnya pelakon Mira Filzah mengesahkan dia kini sedang berbadan dua.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Akan Sorok, Tunggu Waktu Tepat’ – Mira Filzah Jawab Dakwaan Hamil

Artikel Berkaitan: Sebulan Berbulan Madu, Mira Filzah & Suami Bakal Ke Eropah Minggu Depan – ‘Sejak Berkahwin Kami Memang Tak Sempat Lagi Bercuti Bersama’ 

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Mira dan Emir berkongsi berita gembira tersebut. Menerusi kapsyen yang ditulis, usia kandungan Mira, 29, bakal memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.

Pasangan sejoli ini juga menyatakan mereka turut melalui pengalaman suka dan duka sepanjang proses kehamilan anak sulung.

Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima pada tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung kami. Insya-Allah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.

Seperti semua orang yang memiliki hasrat dan rancangan untuk membina keluarga, kami juga mempunyai pengalaman peribadi tentang suka duka sepanjang perjalanan kami setakat ini.

Dalam pada itu, Mira dan Emir turut mengucapkan terima kasih kepada individu yang tidak pernah putus mendoakan kebahagiaan keluarga kecil mereka.

Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami dari dulu hingga kini, dengan rasa insaf dan rendah diri kami mengucapkan jutaan terima kasih.

Semoga Allah SWT merahmati dan mengangkat segala usaha dan doa setiap seorang daripada kita, amin.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat turut sama tumpang gembira di samping mendoakan agar urusan Mira dan Emir dipermudahkan Allah.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman menjadi perhatian warganet sejak November tahun lalu selepas ada yang mendakwa ternampak ‘baby bump’ di Instagram (IG) miliknya. Bagaimanapun, pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini menafikan dengan memberi alasan perutnya buncit selepas makan.

Sekadar info, Mira dan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September tahun lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Sumber: Instagram @mfmirafilzah



The following two tabs change content below.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close