Entertainment

Tahniah! Natasha Hudson Kahwin Lagi


Dalam diam, pelakon Natasha Hudson selamat berkahwin dengan pilihan hati yang dikenali dengan nama Jay Jasmin.

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto & Video ‘Free Hair’ Di Instagram, Natasha Hudson Tutup Ruang Komen

Ucapan selamat pengantin baru

Menerusi hantaran di Instagram Tales, Natasha, 39, memuat naik semula gambar (repost) yang memaparkan foto sepanjang majlis pernikahan yang berlangsung pada hari Ahad.

Sedondon mengenakan busana berwarna peach, Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson tersenyum manis di sisi suami.

Entri tersebut turut dipenuhi dengan ucapan daripada kenalan rapat yang mendoakan agar mahligai yang dibina ini berkekalan hingga akhir hayat.

Tahniah kakak

Sementara itu, adik kepada Natasha iaitu Tania Hudson turut berkongsi gambar kakak dan abang iparnya di Instagram (IG).

Dengan ucapan ringkas, Tania mengucapkan tahniah kepada pasangan dua sejoli itu.

Sebelum ini, Natasha berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih, namun rumah tangga mereka hanya bertahan empat bulan pada 2006.

Kemudian, perkahwinan bersama Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 juga tidak berpanjangan apabila hanya bertahan selama dua tahun. Hasil perkahwinan keduanya itu, Natasha dan Shahrin dikurniakan seorang anak perempuan, Neesa Helena.

Pada Oktober 2018, Natasha mengakui telah bercerai dengan bekas suaminya, Carleed Khaza yang dinikahi pada 15 April 2012 buat kali ketiga. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Kalila dan Faatimah.

Sekali lagi jodoh tidak panjang, menerusi perkahwinan keempat Natasha mendedahkan dia sudah bercerai dengan Noor Nashriq Sekarnor pada tahun 2019.

Sumber: Instagram @natashahudsonofficial





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.