Entertainment

Tahun Pertama Puasa Sebagai Isteri, Zizi Kirana Risau Kena Masak 10 Hidangan Untuk Suami


Tahun ini merupakan pengalaman pertama buat penyanyi Zizi Kirana berpuasa sebagai isteri. Zizi mengakui bimbang tidak dapat sediakan juadah yang terbaik buat suami ketika sahur dan berbuka.

Bagaimanapun, Zizi berkata dia lega tidak perlu memikirkan soal makanan kerana suaminya, Yusuf Bahrin bukanlah seorang yang cerewet.

BACA: Malu Nak Bersanding, Zizi Kirana Hanya Buat Majlis Kesyukuran

“Beberapa minggu sebelum puasa saya sudah mula risau. Adakah perlu sediakan 10 juadah berbuka dan bersahur untuk suami?

“Seminggu sebelum puasa, suami beritahu dia seorang yang easy dan hanya ambil makanan ringan seperti roti ketika bersahur.

“Lega juga rasanya kerana tidak perlu terlalu fikir bab makanan. Tetapi saya akan pastikan sentiasa menjaga makanan suami kerana itu tugas isteri,” katanya.

Dalam pada itu, Zizi berkata dia lebih senang memasak di rumah dan hanya sedikit juadah tambahan untuk berbuka. Ujarnya, dia sudah terbias berbuka di rumah selama dua tahun akibat pandemik serta masih ragu-ragu untuk ke tempat yang sesak.

“Rasanya saya masih ada perasaan paranoid untuk berada di kawasan yang terlalu ramai orang. Mungkin sudah biasa tidak bersesak seperti sebelum ini. Jadi saya lebih selesa di rumah. Keluar hanya jika perlu sahaja,” katanya.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.