Entertainment

‘Tak Nak Vaksin Terpulang Tapi Jangan Berlagak Tuhan’ – Uyaina Arshad


Kini Trending

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad menerima serangan peribadi selepas berkongsi kapsyen yang berbunyi, ‘Bayangkan orang yang tak ambil vaksin langsung? Yang anti-vax? Tak tahu macam mana haywire lah badan dorang.’

Artikel Berkaitan: Raja Syahiran & Uyaina Arshad Positif Covid-19, Alami Simptom Teruk Sampai Masuk Wad – ‘Nak Jalan Pergi Tandas Pun Merangkak’

Kenyataan itu ditulis menerusi entri yang memaklumkan dirinya dan suami, penyanyi Raja Syahiran telah dijangkiti virus Covid-19 sejak beberapa hari lalu.

Enggan mendiamkan diri, Uyaina, 30, menegaskan dia tidak boleh mengabaikan komen daripada golongan anti vaksin kerana merasakan ia sudah keterlaluan.

Saya kerap abaikan banyak komen negatif dalam hidup saya. Hal itu satu kebahagiaan. Apabila ia sekadar serangan peribadi terhadap saya, tak apa saya boleh abaikan tapi tidak kali ini.

Kalau apa yang saya tulis menyinggung anda, tak sehaluan dengan pemikiran anda, anda tak suka, anda nak menang, nak paksa ikut pendapat anda, ‘unfollow’ dan ‘block’ saya. Terima kasih.

Uyaina turut memuat naik beberapa tangkapan skrin (screenshot) daripada netizen yang menyelar pendapatnya mengenai vaksin.

Tambah pemilik nama Shaidatul Naseha Uyaina Arshad, dia tidak peduli sekiranya golongan tersebut tidak mahu mengambil suntikan vaksin namun tegasnya jangan bersikap angkuh dan berlagak terhadap perkara yang bukan kepakaran diri.

Anda tak nak vaksin, terpulang. Tapi jangan berlagak dan berlagak Tuhan. Ilmu pun tak setara mana, jangan nak mendabik dada. Silap-silap satu hari nanti, dah ludah jilat balik.

Dunia ni dah banyak sangat bencana, malapetaka dan benda buruk yang terjadi. Ditambah lagi dengan orang bodoh. Bertambah buruk jadinya dunia ni.

Islam ajar kita untuk cari ikhtiar dalam apa-apa hal sekalipun. Pakar dalam setiap bidang belajar bertahun-tahun lamanya mengkaji dan menyelidik.

Awak yang buat ‘research online’ atau pun dengar cakap ‘mak teh’, tak payah nak buat palatao (berpura-pura tahu). Sekurang-kurangnya bukan di ‘ruang’ saya. Saya tak perlu.

Dalam pada itu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa berasa kecewa kerana bukan doa yang diterima tetapi dirinya pula dipersalahkan selepas menekankan pengambilan vaksin.

Saya dan suami masih lagi dalam fasa pemulihan, ramai lagi ahli keluarga yang dijangkiti. Berapa ramai lagi yang sedang bertarung dengan Covid-19?

Berapa ramai yang kehilangan insan tersayang sebab Covid-19? Jangankan doa untuk cepat sembuh, salahkan kita pula sebab ambil vaksin? Kamu biar betul?

Pada Jumaat lalu, Uyaina memberitahu dia terpaksa ditahan di wad kerana mengalami tekanan darah rendah dan badan menjadi lemah selepas positif Covid-19.

Menerusi hantaran yang sama, pengacara program Wanita Hari Ini akui tidak dapat membayangkan keadaan orang yang tak ambil vaksin dan anti vaksin yang dijangkiti virus merbahaya itu.

Sumber: Instagram @uyainaarshad



The following two tabs change content below.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close