Entertainment

Tak Sempat Kahwin, Lelaki Maut Ditikam Berkali-Kali Sebelum Majlis Perkahwinan


Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki dilaporkan maut selepas ditikam dalam sebuah majlis perkahwinan di daerah Nopphitam, Thailand pada malam Selasa yang lalu.

Maut ditikam

Foto: Bangkok Put up

Ujar Ketua polis Nopphitam, Pol Kol Veerachat Khuhamuk menerusi laporan Bangkok Put up, mangsa didakwa diserang tanpa sebarang amaran oleh seorang lelaki yang secara tiba-tiba datang menaiki sebuah motosikal kira-kira jam 9.45 malam di sebuah rumah kampung.

Mangsa, Diam Yangkaew, 58, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan telah ditikam berkali-kali pada bahagian badannya. Ujar saksi, mangsa ketika itu datang lewat ketika majlis itu berlangsung sebelum mula minum dengan para tetamu lain yang turut hadir.

Bagaimanapun seorang lelaki secara tiba-tiba datang ke arah mangsa sebelum bertindak menikamnya berulang kali menggunakan sebilah pisau yang tajam dan sempat melarikan diri.

Kini, seorang lelaki dikenali sebagai Prasit Praditsorn tampil menyerah diri kepada pihak polis.

Sumber: Bangkok Put up



Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.