Entertainment

Takut Kena Penyakit Ain, Neelofa Minta Peminat Bersabar Nak Tengok Wajah Bilal


Hampir tiga bulan menimang cahaya mata sulung, sememangnya ramai yang tidak sabar melihat wajah anak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Muhammad Bilal.

Banyak menerima pertanyaan mengenai perkara itu, Neelofa berkata dia mungkin akan berkongsikan apabila anaknya itu sudah kuat. Menurut Neelofa lagi, dia juga turut berhati-hati berkongsikan tentang anaknya itu bagi mengelakkan penyakit ain.

BACA: Peminat Setuju Wajah Anak Neelofa, Bilal Tidak Ditayang

Menurut Neelofa lagi, dia juga turut berhati-hati berkongsikan tentang anaknya itu bagi mengelakkan penyakit ain.

“Untuk yang bertanya pasal Bilal tak berhenti tanya saya pasal Bilal saja, ramai yang menasihati saya benda yang sama.

“Mungkin ada baiknya juga kita tak kongsi-kongsikan dulu kan. Untuk mengelakkan ain atau pun nanti bagi dia besar dulu, kuat dulu. Bagi masa dan ruang,” katanya.

Berkongsikan perkara itu di IG Reside Rabu lalu, Neelofa turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memahami situasinya.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah, PU Riz pada 27 Mac tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close