Entertainment

Tarikh 22.01.22 Jadi Pilihan, Athisha Khan Sah Bergelar Isteri Dengan Mas Kahwin RM1,000


Kini Trending

Selepas mengikat tali pertunangan pada 19 Januari lalu, adik kepada selebriti Noor Neelofa iaitu Athisha Khan selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Wan Amirul Haiqal, pada petang Sabtu (22 Januari).

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Athisha Khan Selamat Bertunang, Netizen Titip Ucapan Tahniah & Doa

Artikel Berkaitan: ‘Last Fling Before The Ring’ – Noor Kartini Doa Urusan Majlis Pernikahan Anak Dipermudahkan Hari Ini

Dengan sekali lafaz, Athisha selamat dinikahkan oleh bapanya, Datuk Halim Khan tepat pukul 3.33 petang di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.

Athisha atau nama sebenarnya Noor Athisha Khan menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan difahamkan tiada hantaran daripada kedua-dua belah pihak pengantin.

Dalam majlis tersebut, personaliti media sosial yang berumur 24 tahun itu tampil menggayakan gaun berwarna putih hasil rekaan Alia Bastamam dan ditatarias oleh Khir Khalid dan rambut oleh Juno Ko.

Hasil pemerhatian OhBulan, keluarga ini memilih busana berona coklat sebagai warna pilihan di hari bermakna itu.

Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup ini dihadiri ahli keluarga terdekat serta beberapa rakan selebriti yang lain antaranya Sharifah Rose.

Perancang perkahwinan mewah terkemuka iaitu Reka Teemor sekali lagi diberi tanggungjawab untuk menjadi tulang belakang majlis tersebut.

Sebelum ini, ibu Athisha, Datin Noor Kartini memohon doa agar segala urusan anaknya itu dipermudahkan dan majlis mereka mendapat keredhaan dan rahmat Allah S.W.T.

Sumber: Instagram @ryanmohamad



The following two tabs change content below.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close