Entertainment

Tayang Bahu, Netizen Tegur Nora Danish Takutlah Pada Allah


Sejak kebelakangan ini ada sahaja kontroversi terpalit pelakon Nora Danish. Sebelum ini isu mandi buih, pakai seksi ketika aktiviti mendaki, ada sahaja serba tak kena di mata netizen.

Terbaru, pelakon berusia 40 tahun itu ada memuat naik fotonya menggayakan dress berwarna putih ketika sambutan hari lahir seorang kenalannya di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

BACA: Nora Danish Makan Malam Dengan Suami, Netizen Tanya Botol Arak Ke Belakang Tu?

Melihatkan penampilannya itu menampaknya sebahagian bahunya, ada segelintir netizen yang kurang senang serta memberikan teguran terhadap imejnya yang dikatakan seksi itu.

Netizen menegur pelakon itu sepatutnya tampil lebih sopan apatah lagi usianya sudah mencecah 40-an. Malah, ada yang memberi teguran kepada pelakon itu supaya takut kepada Allah dan azab neraka.

Meskipun teguran peminat nampak kasar dan memalukan tapi apa yang dikatakan mereka mungkin sekadar peringatan dan rasa sayang terhadap artis kesayangan mereka.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close