Entertainment

Tersenyum Bahagia Saat Suami Baring Di Riba, Netizen Doa Kebahagiaan Intan Saleh – ‘Akan Ada Pelangi Selepas Hujan’


January 6th, 2022 | by Shira

Kini Trending

Seperti kita umum mengetahui, bekas madu pelakon Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh telah selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya, Aizam Yahya pada 20 Disember 2021 lalu.

Artikel Berkaitan: Bergelar Isteri Selepas Tiga Tahun Menjanda, Pengikut Siap Pesan Jaga Intan Saleh Dengan Baik – ‘Jangan Curang, Sayangi Kedua Anak Tu’

Artikel Berkaitan: Buat ‘Content’ Mengenai Wanita Perampas, Intan Saleh Balas Teguran Netizen – ‘Siapa Yang Minta Maaf?’

Tak dianfikan, perjalanan hidup Intan Saleh seringkali menjadi perhatian ramai yang rata-ratanya mengagumi ketabahan dan kekuatan wanita ini dalam menempuhi dugaan hidup.

Hampir tiga tahun dihimpit sejarah silam yang menyakitkan, Intan Saleh kini dilihat semakin bahagia dengan kehidupan baharunya bersama suami tercinta dan anak-anak. Intan juga sering berkongsi video dan aktiviti harian yang dilakukannya bersama keluarga kecil di media sosial. Malah sikapnya yang tidak sombong melayani para peminat membuatkan dirinya semakin disayangi ramai.

Video terbaru yang dimuat naik di TikTok memaparkan kemanisan hidup Intan bersama suami dan anak-anak telah menerima pelbagai respon daripada netizen. Dalam video tersebut kelihatan Intan Saleh yang memakai telekung tersenyum bahagia selepas si suami membaringkan kepala di atas ribanya selepas menunaikan solat. Tidak lama selepas itu, dua orang anak lelaki Intan datang menghampiri dan memeluk dirinya dan suami.

@intanroxssaleh

Daddy pasrah?? .. selamanya InsyaAllah..good night ?

? original sound – intanroxssaleh – intanroxssaleh

Video yang dikongsikan itu telah mendapat hampir 800k tontonan dan kebanyakan netizen meluahkan rasa sebak dan tumpang bahagia dengan kehidupan baharu yang dibina oleh Intan. Mereka juga menyifatkan Intan dan suami adalah pasangan serasi dan romatis. Tidak kurang juga ada di antara mereka menitipkan doa dan berharap agar kebahagiaan rumah tangga Intan berkekalan hingga ke syurga.

Terdahulu Intan Liana Saleh pernah berkahwin dengan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pada 1 Mac 2013 dan mereka bercerai pada 22 mac 2018. Pasangan ini bercerai selepas Ude mengahwini pelakon Izreen Azminda 8 Ogos 2017 dalam satu majlis tertutup. Hasil perkahwinan Intan dan Ude, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

Sumber: Intan Saleh



The following two tabs change content below.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close