Entertainment

‘Thank You Daddy, Sayang Anak-Anak I Macam Anak Sendiri’ – Vicha


Setelah dua tahun berjauhan, pelawak dan pelakon kelahiran Indonesia, Vicha akhirnya berpeluang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anak-anaknya. Perkongsian gembira tersebut dikongsikan oleh Vicha sendiri menerusi akaun Instagramnya.

Artikel berkaitan: ‘Doa Biar Ambu Cepat Pulang Jumpa Kalian’ – Ucapan Vicha Sempena Ulang Tahun Kelahiran Anak Buat Netizen Tersentuh

Artikel berkaitan: 7 Tahun Kenal ‘Daddy’, Vicha Umum Dah Kahwin Dengan Jejaka Nigeria – ‘Nak Bawa Anak-Anak Tinggal Bersama & Bersekolah Di Malaysia’

Artikel berkaitan: ‘Kena Pujuk Baru Mahu Ambil Gambar Bersama’ – Vicha Akhirnya Dedah Wajah Suami

Selepas dua tahun

Sebelum ini, Vicha pernah memberitahu bahawa dia mahu anak-anaknya tinggal bersama dan menjalani kehidupan seperti biasa di Malaysia. Siapa sangka, doa seorang ibu telah termakbul apabila Vicha dapat berjumpa dengan anak-anaknya setelah pintu sempadan kedua-dua buah negara dibuka semula pada 1 April yang lalu. Tambah Vicha, perasaannya sukar untuk digambarkan sebaik sahaja melihat wajah anak-anak di lapangan terbang.

Sayang macam anak sendiri

Thank you Daddy @maniajohnson. 7 tahun nak jalan 8 tahun ini susah senang kita lalui bersama. Thank you dah sayang anak-anak i macam anak sendiri. Mahu didik mereka untuk menjadi anak yang lebih baik. Lagi sayang dekat kami semua, selalu sabar dan menjadi bapa yang caring dengan familly. Raya tahun ni memang raya terindah sebab kita bisa kumpul semua. Alhamdulillah semoga kita selalu menjadi keluarga yang sakinah mawadah warohmah ya amin.

Vicha turut berterima kasih kepada suaminya Johnson kerana menyayangi anak-anaknya seperti anak sendiri. Ujar Vicha, suaminya seorang yang sangat ambil berat dan mahukan yang terbaik buat anak-anak. Sebagai ibu, Vicha menganggap Hari Raya tahun ini sungguh bermakna dan terindah.

Sumber: Vicha





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close