Entertainment

Tiada Aksi Lucah, Chubb-E Tak Sentuh Wanita Separuh Bogel Dalam MV


Sejak semalam tular di media sosial gambar penyanyi dan pelakon Chubb-E bersama seorang wanita seksi. Difahamkan, gambar itu merupakan sedutan daripada muzik video terbarunya berjudul Rambang.

Memetik mStar On-line, bagaimanapun, Chubb-E atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy berkata MV berkenaan tidak mempunyai adegan melampau.

BACA: Disamakan Dengan Tukang Cuci, Chubb-E Tak Ambil Hati Makian Diva AA

“Saya tahu orang akan bercakap perkara sama seperti yang terjadi kepada Zul Ariffin sebelum ini. Dalam MV itu tiada adegan keterlaluan, malah saya juga tak bersentuhan dengan model wanita itu. Paparan yang menunjukkan aksi menari wanita itu hanya beberapa saat sahaja,” katanya.

Tular dua keping gambar sedutan daripada MV itu memaparkan seorang wanita duduk di samping penyanyi itu hanya memakai jaket menutupi lengang dan bahagian belakang badannya.

Lebih menimbulkan kemarahan ramai, bahagian depan termasuk payu dara mannequin itu dibiarkan terdedah namun imejnya dikaburkan.

Dalam pada itu, Chubb-E berkata foto tersebut bukan gimik untuk melancarkan single terbarunya. Malah, dia juga tidak tahu menahu bagaimana foto itu boleh tersebar.

“Saya sendiri tak tahu bagaimana gambar tersebut tersebar. Tak sangka ia menjadi satu kontroversi sebelum lagu dilancarkan.

“Saya bersama pihak pengurusan semestinya sudah merancang gimik tersendiri, namun kami akan buat selepas lancarkan lagu ini nanti. Tiada pun niat saya untuk sengaja cipta kontroversi sebegini demi meraih perhatian ramai,” katanya.

Menurut Chubb-E lagi, dia berharap isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan sebaliknya berharap peminat dapat melihat konsep yang mahu dia sampaikan.

“Banyak lagi adegan panas yang ditayangkan dalam drama sebelum ini, jadi tak perlulah hal ini diperbesarkan,” katanya.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.