Entertainment

Tiada Tawaran, Ameng Duduk Rumah Baca Al-Quran


Biarpun tiada undangan nyanyian pada Ramadan kali ini, vokalis kumpulan Spring, Ameng meluahkan rasa syukur kerana diberikan ruang untuk beribadah.

Menurut Ameng, selepas beberapa bulan sibuk dengan kerja, bulan Ramadan adalah waktu untuk dia fokus dengan melakukan ibadah dengan membaca Al-Quran dan menunaikan solat terawih.

BACA: Bengang Dituduh Masih Hisap Dadah, Ameng Buat Laporan Polis

“Dalam setahun, ada 12 bulan, jadi apa salahnya meluangkan masa selama sebulan untuk beribadah. Buat apa yang mahu kejar semuanya dalam bulan ini, sebab sebelum ini sudah sibuk bekerja. Jadi, saya tidak mahu melepaskan peluang dan mahu sempurnakan ibadah saya sebaik yang boleh.

“Saya sendiri sememangnya merancang dari awal untuk fokus pada ibadah puasa, dari solat subuh di masjid, membaca al-Quran, terawih dan sebagainya. Sebab itu, tak mengapa jika tiada ‘job’ bulan ini sebab boleh fokus dengan ibadah,” katanya.

Kata Ameng lagi, dia tidak menafikan pendapatannya agak terjejas selepas sekian lama tidak bekerja namun memilih untuk berjimat cermat.

Dalam pada itu, Ameng mengakui tawaran kerja tidak banyak dan hanya menerima satu hingga dua undanggan nyanyian sejak industri kreatif dibenarkan untuk beroperasi sejak hujung tahun lalu.

“Saya belum menerima tawaran menyanyi meskipun penyanyi lain banyak menerima tawaran menjayakan showcase seperti kita boleh tengok. Ada konsert Datuk Jamal Abdillah, Zamani, Awie dan sebagainya.

“Tetapi, saya belum dipanggil, cuma saya ada tawaran menjayakan program Hiburan Minggu Ini terbitan RTM, tetapi dibatalkan berikutan salah seorang anggota Spring positif COVID-19.

“Jadi mungkin akan dibuat selepas Aidilfitri nanti. Jujurnya, saya hanya menerima satu hingga dua undangan selepas industri kreatif dibenarkan kembali beroperasi. Itu pun menghadiri forum di masjid. Tetapi, tidak mengapalah, saya duduk di rumah sahaja baca al-Quran,” katanya.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close