Entertainment

‘Tolong Sampaikan Salam Kepada YB Syed Saddiq’ – Yasin Sulaiman


Sekadar gambar hiasan

Sebelum ini, media melaporkan seorang penyanyi nasyid telah ditahan oleh pihak polis pada 24 Mac yang lalu di sebuah kondominium yang terletak di Kota Damansara, Selangor selepas disyaki menanam pokok ganja di rumahnya.

Artikel Berkaitan: Penyanyi Nasyid Ditahan Polis, Disyaki Terlibat Kes Dadah

Sebut YB Syed Saddiq?

Terbaru, menerusi video pendek dikongsi oleh BERNAMA memaparkan penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman yang tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya untuk menghadapi pertuduhan berkaitan dadah.

Bagaimanapun, apa yang lebih mencuri perhatian apabila Yasin sempat menyebut nama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sewaktu dibawa petugas keselamatan dalam keadaan tangan digari.

Assalamualaikum, tolong sampaikan salam kepada YB Syed Saddiq. Minta segerakan kelulusan.

Sesi perbicaraan tersebut menyaksikan Yasin yang mengaku tidak bersalah atas kesalahan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara, 21 Mac lalu. Terdahulu, pihak polis berjaya menjumpai 17 pokok dalam pasu disyaki ganja di salah sebuah bilik, balkoni rumah dan dalam almari baju.

Pihak polis tidak menolak kemungkinan ia diperoleh daripada pembekal secara dalam talian dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mandatori.

Minta kelulusan

Sebelum ini, bekas Menteri Belia dan Sukan menyarankan supaya pihak kerajaan menubuhkan jawatan kuasa khas bagi mengkaji kelebihan serta memberi kelulusan terhadap industri ganja jenis hemp dan marijuana perubatan bagi memastikan industri tersebut dikawal selia dengan baik.

Ujarnya lagi, sehingga kini terdapat lebih 40 negara yang membenarkan terhadap industri tersebut termasuklah negara jiran, Thailand serta memberikan pulangan yang lumayan.

Kita tidak mahu lagi Malaysia ke belakang dan ketinggalan. Jangan kita ketepikan perbincangan berkenaan isu ini hanya kerana ia sensitif walhal kajian yang dibentangkan menunjukkan sebaliknya (positif).

Mengikut knowledge dan sains, industri arak dan rokok jauh lebih berbahaya dari industri hemp. Tapi kita tidak ada iltizam politik untuk mulakan perbincangan isu ini dengan fakta.

Sumber: BERNAMA



Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.