Entertainment

Tubuh Anak Penuh Luka & Jumpa 8 Kesan Gigitan, Bapa Kesal Pusat Jagaan Kanak-Kanak Lepas Tangan


Hati ibu bapa mana yang tidak remuk dan sedih apabila anak yang ditinggalkan di pusat jagaan pulang dengan kecederaan.

Banyak kesan gigitan

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Bakti Zakaria di Facebook, dia meluahkan rasa tidak puas hati apabila tubuh anaknya dipenuhi dengan pelbagai kesan kecederaan. Jelas lelaki tersebut, dia hanya perasan keadaan terbabit ketika mengambil anaknya pulang daripada sebuah taska di Selangor.

Anak baru 10 bulan, Staff ada 3 orang termasuk pengurus tapi pengurus jarang ada. Budak ada dekat 20 orang. Bila tanya masa nak masuk taska tu kemain cakap 1 cikgu 3 baby je dia jaga.

Dah lah waktu kecederaan tak beritahu. Boleh tahu pun waktu balik. Kalau ambil anak lambat hari itu tentu anak kena tahan sakit lagi lama. Tak bertanggungjawab langsung.

Lebih mengejutkan lagi apabila terdapat banyak kesan gigitan di bahagian pipi dan tangan. Malah, terdapat juga kesan jatuh pada kanak-kanak berusia 10 bulan itu

8 kesan gigitan. Di pipi kanan kesan macam jatuh, pipi kiri kesan kena gigit. Telinga tak pasti kena gigit atau kena benda lain tapi berdarah. Di belakang telinga bahagian kepala ada kesan gigit juga. Tangan kanan 4 kesan gigit, tangan kiri 1 kesan gigit.

Tunggu keputusan daripada JKM

Berasa tidak puas hati anaknya diperlakukan seperti itu, si bapa kemudian meminta untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak taska, namun mereka memberi alasan bahawa rakaman CCTV terbabit tidak dapat dilihat kerana bil internet tidak dibayar selama dua bulan.

Lepas tu bila berlaku kecederaan pada budak, nak tengok CCTV kata tak bayar internet dah 2 bulan.

Ni bukan jaga dengan baik. Ni biarkan seperti haiwan yang duduk dalam sangkar lepas je nak jadi apa. Ini nyawa manusia jangan rasa taska YB boleh buat apa sahaja.

Walau bagaimanapun, Bakti sudah melaporkan perkara terbabit kepada pihak polis dan kini sedang menunggu keputusan daripada Jabatan Kebajikan Masyakarat.

Foto kecederaan

Sumber : Bakti Zakaria



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.