Entertainment

Tun M Berada Dalam Keadaan Stabil


Kini Trending

Sejak pagi tadi, rata-rata pengamal media dipercayai mula berkumpul di hadapan Institut Jantung Negara (IJN) bagi mengikuti perkembangan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ia susulan timbul dakwaan kesihatan Tun Mahathir Mohamad berada dalam keadaan membimbangkan di pusat perubatan itu.

Terbaru, anak perempuan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datin Paduka Marina Mahathir menjelaskan bapanya berada dalam keadaan stabil.

Sejak dua hari yang lepas, Tun Dr Mahathir Mohamad dirawat di IJN lanjutan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari 2022. Keadaan beliau kini stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan tersebut.

Ujar Marina, ibu dan keluarganya memohon agar rakyat Malaysia mendoakan supaya Tun Mahathir segera sembuh sepenuhnya.

Sumber: Marina Mahathir



The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad

I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

Latest posts by Amirul Asraf (see all)





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close