Entertainment

Video Bawa Mak Saudara Naik Motor Roda 3 Viral, Wanita Tolak Bantuan – ‘Cukuplah Sokong Bisnes Saya’


Aksi seorang wanita yang memegang beg menghalang ibu saudaranya daripada terkena sinaran panas mentari tular di media sosial. Menerusi video yang dipercayai dimuat naik di TikTok itu, seorang warga emas dipercayai kelainan upaya terbaring di dalam kerusi roda 3 menuju ke suatu tempat.

Terlalu banyak bantuan, ganggu privasi

Video tersebut kemudian mendapat perhatian ramai netizen yang turut bersimpati ke atas nasib mereka, malah ada yang memohon agar sesiapa yang mengenali wanita yang menunggang motosikal berkenaan untuk meninggalkan butiran peribadi bagi membantu kelaurga ini.

Susulan itu, wanita yang dikenali sebagai Kak Yati kini tampil memohon semua pihak untuk berhenti menyebarkan video tersebut, serta memadam semua maklumat peribadinya kerana bimbang mengganggu kehidupannya. Telefon bimbit miliknya juga tidak berhenti berdering menerima panggilan daripada mereka yang ingin menghulurkan bantuan.

Sebenarnya agak mengganggu privasi saya, telefon memang tak berhenti (berdering) dari pagi tadi. Nombor telefon, umur, alamat minta dipadamkan.

Mohon sokong bisnes kalau nak bantu

Tambahnya lagi, dia tidak mengharapkan bantuan daripada orang ramai malah merasakan lebih ramai yang layak untuk menerima bantuan tersebut. Sekiranya ingin membantu, wanita ini menyarankan agar orang ramai membeli barang jualannya dan menginfaq kepada yang memerlukan.

Alhamdulillah untuk rezeki tuhan kurniakan untuk saya dan mak sedara saya.

Saya tak berniat menerima sebarang bantuan, bukannya saya sombong diri, cuma saya rasa lebih ramai lagi yang memerlukan bantuan daripada netizen-netizen yang baik hati. Cuma untuk saya sendiri, cukuplah netizen help perniagaan aiskrim potong saya. (Tiktok @hijrahsoleh1)

Kuasa netizen tak terhenti di sini, ramai lagi yang memerlukan.

@hijrahsoleh1

Penggemar strawberry please say Hello ???remark

? strawberry moth – jasper

Kak Yati turut menyampaikan rasa syukur kepada mereka yang menularkan video tersebut yang dia anggap dapat membuka mata orang ramai untuk lebih prihatin dengan golongan kurang upaya di sekeliling mereka. Menurutnya, ibu saudaranya itu kini tinggal bersamanya, sementara keluarga mereka mencari rumah yang lebih selesa untuk dia diami.

Sumber: Twitter



Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.