Entertainment

[VIDEO] Ebit Lew Jumpa Baim Wong Di Jakarta, Rancang Lakukan Misi Kemanusiaan Ke Afrika Bersama


Nama pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia kerana cukup standard dalam melakukan kerja-kerja kebajikan dan sering menerima pujian daripada warganet.

Artikel berkaitan : Sayu Saat Ziarah Ibu Bapa Zulfarhan, Ebit Lew Hadiahkan Tiket Pakej Umrah Sempena Hari Lahir Arwah – ‘Syukur Mereka Gembira Menerimanya’

Artikel berkaitan : Ebit Lew Tersentuh Lihat Kekuatan Elyana & Suami Harungi Ujian Kehidupan – ‘Rupanya Syukur Ubat Paling Mujarab’

Artikel berkaitan : ‘Ustaz Teruskan Kerja Dakwah & Misi Ini, Ramai Anak Muda Perlukan Kasih Sayang’ – Michael Ang Beri Kata Semangat Buat Ebit Lew

Terbaharu, Ebit Lew yang kini dalam misi dakwah dan kemanusiaan di Indonesia dilihat sempat bertemu dengan pelakon dan Youtuber terkenal, Baim Wong di kediaman rumah pelakon itu di Jakarta.

Ebit Lew jumpa Baim Wong di Jakarta

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram miliknya, Ebit meluahkan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan Baim dan menyifatkan pelakon berusia 41 tahun itu sebagai seorang yang dermawan serta baik hati.

Syukur sangat bertemu dengan Baim Wong, seorang dermawan di Indonesia. Suka memberi dan bersedekah. Baik dan hebat sangat orangnya.

Cita-citanya dan menjadi sifatnya suka tengok orang gembira. Buat rumah makan percuma. Beri rumah, kereta dan hadiah buat ramai orang. Kagum dan terkesan dengannya.

Kata Ebit lagi, dia dan Baim turut mempunyai rancangan untuk menjalankan misi kemanusiaan bersama di Indonesia dan merancang untuk melakukan misi kemanusiaan ke Afrika pada masa hadapan.

Syukur katanya beliau juga ingin bersama-sama misi di Indonesia dan seluruh dunia. Kami ada bercadang untuk juga bersama misi ke Afrika. Tadi menangis bersama melihat anak kelaparan dan dalam kesusahan.

Dalam pada itu, pendakwah berusia 38 tahun itu sempat menghadiahkan sebuah telefon pintar kepada pelakon Bukan Cinta Aku dan mendoakan agar segala urusan Baim dipermudahkan serta diberi kesihatan yang baik supaya dapat membantu lebih ramai orang lagi.

Di ruangan komen, Baim sempat mengatakan bahawa dia akan menunggu rancangan misi kemanusiaan seperti yang dibincangkan oleh mereka itu.

Pahala itu biarkan jadi rahsia Allah, Yang penting kita senang mengerjakannya. Ditunggu tripnya ya.

Rancang mahu ke Afrika bersama

 

View this submit on Instagram

 

A submit shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Sumber : ebitlew





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.