Entertainment

[VIDEO] Ingat Kedai Makan, Sekumpulan Pemuda Selamba Minta Menu, Rupanya Kenduri Kahwin..


Foto: AsiaOne

Sekumpulan pelancong Singapura di Thailand mendapati rancangan jadual perjalanan mereka terganggu selepas mereka kebetulan melihat sebuah kedai makan di tepi jalan. Mereka turun dari motosikal dengan harapan dapat mengisi perut yang lapar, tetapi sebaliknya yang berlaku apabila mengetahui sebenarnya “kedai makan” itu ternyata adalah sebuah kenduri kahwin.

Artikel Berkaitan: Majlis Belum Bersurai, Mak Cik ‘Tapau’ Licin Makanan Kenduri Masuk Plastik

Artikel Berkaitan: ‘Tak Sampai 5 Minit Balik!’ – Majlis Kahwin ‘Drive Thru’ Curi Tumpuan, Tetamu Cease Ambil Makanan & Doorgift Je

Makanan yang sedap

Memetik laporan AsiaOne, salah seorang pelancong tersebut iaitu Dilan Lau menceritakan mereka sebenarnya sedang dalam perjalanan menaiki motosikal untuk melancong di sekitar Chiang Mai. Ketika dalam perjalanan, mereka melihat sebuah bangunan kecil dengan meja dan kerusi yang tersusun di luar.

Bukan itu sahaja, suasana yang meriah membuatkan mereka percaya bahawa ia adalah sebuah restoran. Mereka dihidangkan mee, aiskrim, minuman dan juga ditawarkan alkohol.

Kami terkejut tetapi dalam cara yang positif dan makanannya sedap.

Penduduk tempatan sangat mengalu-alukan kedatangan mereka dan menjemput kumpulan itu duduk untuk menjamu selera. Kumpulan pemuda dari Singapura itu kemudian meminta menu makanan tetapi mendapati tiada menu yang tersedia. Pada masa inilah mereka menyedari bahawa mereka sebenarnya bukan berada di sebuah restoran tetapi secara tidak sengaja telah hadir tanpa dijemput ke sebuah majlis perkahwinan.

Tak sedar tiada menu

Foto: Goody feed

Tidak lama kemudian selepas mereka menyiarkan salah satu video mereka dalam talian, rakan Lau memberitahunya bahawa ia sebenarnya adalah majlis perkahwinan.

Perbezaan bahasa turut menjadi penghalang menyebabkan mereka sukar untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan jadi kami menggunakan isyarat tangan untuk mengatakan bahawa kami sedang mencari restoran.

Selepas mengetahui bahawa mereka tidak berada di sebuah restoran, kumpulan ini mahu beredar tetapi orang Thai yang terkenal dengan layanan mesra, tetap menjemput mereka untuk terus duduk dan menjamu selera.

Sebagai tindakan muhibah, kumpulan warga Singapura itu menawarkan untuk membayar makanan yang dijamah mereka tetapi tuan rumah enggan menerimanya. Kumpulan ini juga turut diberi satu beg keropok sebagai kudapan sepanjang perjalanan.

Video

@_mmeah ??????? #fyp? #?????????????? #?????????????? #??????????????? #??????????????????? ? authentic sound – ??????? ??????????????????????

Sumber: AsiaOne TikTok @_mmeah



Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close