Entertainment

[VIDEO] Isteri Dirempuh Lepas Panjat Kereta Dinaiki Suami Bersama Skandal, Orang Ramai Bantu Kempiskan Tayar?


January 19th, 2022 | by Shira

Kini Trending

Tak dapat digambarkan betapa remuknya hati seorang wanita apabila mengetahui suami tercinta berlaku curang dibelakangnya. Itulah situasi yang dilalui wanita ini selepas melihat si suami berdua-duaan di dalam kereta bersama perempuan simpanannya.

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang wanita bertudung hitam bertindak di luar kawalan selepas mendapat tahu mengenai kecurangan suami tercinta. Wanita tersebut nekad berdiri di hadapan kereta yang dipandu si suami bersama perempuan simpanannya.

Lebih mengejutkan apabila melihat wanita itu dirempuh secara perlahan sehingga membuatkan dirinya hampir terjatuh. Orang ramai yang berada di lokasi kejadian menjerit saat wanita terbabit dilanggar. Tetapi wanita ini langsung tidak berputus asa, dia kemudian bertindak pantas dengan memanjat di bahagian hadapan bonet kereta berkenaan. Si suami bersama perempuan simpanannya hanya mendiamkan diri dan enggan keluar dari kenderaan itu.

Berikutan daripada itu, orang ramai yang menyaksikan insiden tersebut tidak berdiam diri dan mereka bersepakat untuk mengepung dan ada yang mendakwa mereka bertindak mengempiskan tayar kereta berkenaan agar kedua-dua individu itu keluar dari kenderaan tersebut.

Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengakui simpati melihat keadaan wanita terbabit. Tidak kurang juga ada di antara mereka memuji tindakan orang ramai yang membantu wanita berkenaan dan mereka berharap agar si perampas akan mendapat balasan yang setimpal kerana menganiaya dan merosakkan rumah tangga orang lain.

Sumber: Suara, Youtube Tribunnews



The following two tabs change content below.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close