Entertainment

[VIDEO] ‘Kami Baru Sahaja Bernikah, Tiba-Tiba Doktor Kata Aku Kena Buang Rahim Aku’


Kini Trending

Setiap pasangan yang bergelar suami isteri sudah pasti menginginkan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga mereka namun tidak semua pasangan yang bernasib baik untuk memiliki zuriat.

Namun begitu, lain pula kisah seorang wanita tabah yang menerima dugaan cukup besar apabila doktor menyarankan agar rahimnya perlu dibuang.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Reena Suhaimi di TikTok, berkongsi kisah hidup yang bakal mengubah hidupnya buat selama-lamanya.

Meskipun baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, wanita berkenaan menerima khabar duka apabila doktor mengesahkan bahawa rahimnya perlu dibuang kerana fibroid.

Kami baru sahaja bernikah. Tiba-tiba doktor kata aku kena buang rahim aku.

Ujarnya, dia mengalami pendarahan yang teruk dan berketul-ketul sehingga mengalami anemia iaitu kekurangan sel darah merah di dalam badan.

Bleeding tak henti-henti tu buat heartbeat low dan berketul-ketul sampai anemia.

Cuba bertahan tapi tak larat sebab asyik bleeding sampai anemia. Jadi susah nak bekerja dan beribadah. Tak larat setiap hari. Pernah D&C (procedur buang tisu di rahim) tak berkesan jugak.

Dalam pada itu, Reen juga memaklumkan bahawa dia bakal melakukan pembedahan untuk membuang rahimnya pada Jumaat ini dan berharap agar dia bersama suaminya kuat menempuh dugaan ini bersama-sama.

@rena_baik #Histerektomi subtotal. Dugaan perkahwinan.Tempuhi bersama?#buangrahim #fyp ? Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat kepada wanita berkenaan. Malah ada juga di antara mereka yang turut berkongsi pengalaman yang sama.

Sumber : reen_baik



The next two tabs change content material beneath.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close