Entertainment

Video Muzik Raya Kontroversi, DSV Pula Dipanggil SKMM


Nampaknya selepas Datuk Seri Aliff Syukri, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida pula dipanggil ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung video muzik (MV) raya yang mencetuskan kontroversi.

Perkara itu dikongsikan oleh Vida Rabu lalu dimana usahawan itu memaklumkan akan memberi keterangan bagi membantu siasatan selepas ada pihak membuat laporan tentang MV itu kepada pihak berkuasa.

BACA: Netizen Malu Tengok DSV, Lucinta Luna Menggeletis Di Pavilion

“Saya tak tahulah nak cakap macam mana sebenarnya. Untuk MV lagu Muah Muah Raya itu, saya sebenarnya tak adalah promo sangat setelah Datuk Aliff Syukri dah dipanggil oleh SKMM sebelum ini.

“Tapi, untuk pengetahuan, saya dah buat benda ini sebelum Aliff Syukri lagi. Tapi tetap kena panggil, maka saya kena pergilah ke sana untuk diambil keterangan berhubung lagu Muah Muah Raya itu.

“Saya ini pun memang tak sihat, sakit kepala bagai tapi saya akan turuti arahan. Saya cuma fikir, apa yang saya buat itu sebagai hiburan saja, bukan apa-apa. Tapi ada orang yang melaporkan,” katanya.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram itu juga, Vida dilihat berjalan di sekitar kediamannya sebelum memeluk anak lelakinya, Kacak.

Terdahulu, MV raya Vida itu mencetuskan kontroversi apabila memaparkan kumpulan penari ‘drag queen’ sehingga ada yang mendakwa mencemarkan kesucian agama Islam.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close