Entertainment

Wanita Terkejut Disahkah Hamil Lagi Walaupun Sedang Hamil, Lahirkan 2 Anak Tapi Bukan Kembar


March 3rd, 2022 | by Hariz

Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Bukan semua pasangan dapat merasai pengalaman adanya sepasang bayi di dalam kandungan, atau terma lainnya, anak kembar. Namun, berbeza dengan satu pasangan di California, Amerika Syarikat di mana isterinya disahkan hamil anak kedua ketika masih mengandungkan anak pertama, dan kedua-dua bayi itu tidak dianggap sebagai kembar.

Foto: Daily Mail

Memetik laporan Daily Mail, Odalis Martinez, 25 tahun disahkan hamil anak sulungnya pada November 2020 selepas mengalami keguguran beberapa bulan sebelum itu. Namun begitu, ketika pemeriksaan kandungan dibuat, doktor mendapati kedua-kedua bayi tersebut dikandung di dalam dua kantung bayi yang berbeza.

Menurut doktor, dua bayi itu disenyawakan pada minggu yang sama dengan jarak masa sebanyak lima hari. Fenomena yang sangat jarang berlaku ini dikenali sebagai superfetasi di mana kehamilan kedua berlaku beberapa hari atau minggu selepas kehamilan pertama.

Mereka seperti pasangan kembar, tapi sebenarnya bukan. Tapi rupa mereka mirip antara satu sama lain.

Wanita itu bersalin pada 10 Ogos 2021 dengan Lilo dilahirkan dahulu diikuti dengan Imelda. Odalis berkata jika ditanya adakah anak-anaknya itu sepasang kembar, dia hanya akan mengiyakan sahaja.

Kebiasaannya jika orang bertanya adakah Lilo dan Imelda kembar, saya mengiyakan sahaja kerana enggan mengelirukan mereka.

Sumber: Daily Mail



The following two tabs change content below.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.