Entertainment

Waris Nyanyi Lagu Rap Di Majlis Agama Buat Ustaz Kurang Senang


Sejak semalam tular video di media sosial memaparkan seorang penyanyi lelaki dilihat membuat persembahan hip hop ketika berlangsung di sebuah majlis agama.

Apa yang menjadi perhatian ramai, rata-rata netizen mengatakan lelaki tersebut merupakan penyanyi rap kelahiran Negeri Sembilan, Waris.

BACA: Cuba Jadi Penghantar Makanan, Waris Akui Bukan Tugas Mudah

Lebih menjadi perdebatan netizen, persembahan Waris itu mendapat reaksi kurang senang daripada ustaz yang berada di situ.

Dapat dilihat ustaz tersebut kelihatan menunduk sambil memegang kepalanya. Manakala beberapa individu lain memandang Waris dengan reaksi kurang senang.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mengkritik persembahan penyanyi itu dikatakan tidak sesuai di majlis berkenaan.

Dalam pada itu, ada netizen meluahkan rasa simpati dengan golongan agamawan yang hadir sepatutnya disajikan dengan alunan selawat atau qasisah.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lebih lanjut mengenai majlis dan lokasi dimana acara itu diadakan.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.