Entertainment

“Yang Saya Baca-Baca Itu Untuk Shooting”


Tular video mengenai dirinya di aplikasi TikTok sejak semalam, pelakon Mak Wan Latah menafikan dakwaan dikatakan melakukan perkara syirik.

Memetik Harian Metro, Mak Wan berkata video dimana mendengarkan seperti sedang menyeru adalah latihan untuk lakonannya sebagai watak bomoh jahat.

BACA: Bekas Pengurus Peribadi Dedah Sikap Sebenar Mak Wan Latah?

“Benda itu benda lama. Yang saya baca-baca itu, untuk ‘shooting’. Saya tak pernah berlakon watak jahat, untuk jadi bomoh,” katanya.

Ditanya sama ada dia mengenali wanita yang didakwa bekas pengurus peribadinya, Mak Wan berkata dia tidak mahu membuka aib sesiapa serta menyifatkan individu itu tidak betul.

“Saya tak nak buka aib sesiapa. Seperti yang pernah saya beritahu bekas suami saya, saya tak nak buka aib sesiapa. Biar sampai mati, saya tetap dengan pendirian saya.

“Otak dia tak betul. Dia akan tulis apa sahaja. Dia nak buat apa, itu hak dia. Kenapa sebelum ini dia puji saya? Sebab dia nak duit saya, kan?

“Kenapa bila saya dah tak nak dia, dia cerita macam-macam pasal saya? Manusia ini, bila kita dah tolong dia, kita digigit balik,” katanya.

Sementara itu, Mak Wan memaklumkan dia juga sudah membuat laporan polis berikutan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.

“Ya, saya tahu dia fitnah saya. Saya dah buat laporan polis. Itu bukan saya nak tunjuk saya hebat, tapi kerana saya nak lindungi diri kalau dia akan buat benda bukan-bukan lagi.

“Saya akan berdiam selagi Allah beri saya kekuatan. Saya tak mahu bercakap apa-apa lagi,” katanya.

Terdahulu, tular video seorang wanita dipercayai Mak Wan dalam keadaan tidak bertudung sedang menyeru sesuatu.

“Pendampingku, kau datanglah kepadaku. Aku seru engkau datang kepadaku supaya kau halang mereka agar tidak pergi ke sana untuk mengubatkan apa yang telah aku buat kepada mereka,” ucap wanita dalam video itu.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.