Entertainment

Yonnyboii Bengang Isteri Dikutuk


Pada Mac lalu, hangat diperkatakan mengenai isteri kepada penyanyi Yonnyboii iaitu Nik Nazira Narriman sudah tidak memakai tudung.

Menurut Yonny, isterinya memang tidak bertudung sebelum ini dan masih dalam proses belajar untuk bertudung sepenuhnya.

BACA: Yonnyboii Sedih Tengok Isteri Dikecam Sebab Buka Tudung

Menerusi perkogsian di Insta Story, Yonnyboii meluahkan rasa hairan dengan netizen yang lebih menyanjungi pasangan bercinta namun suami isteri yang sudah halal pula dihina.

Yonny turut menegur sikap individu yang tidak menjaga kata-kata sehingga mengguris hatinya dan isteri tercinta dan sukar untuk dimaafkan. Yonny berkata lagi, dosa sesama manusia juga perlu minta maaf.

 

“Dunia terbalik… couple disanjung, yang dah kahwin dihina. Memang satu saja dosa dalam al-quran ke? Tak bertudung sahaja? Zina memang dapat pahala ke macam mana sekarang?

“Mulut celupar, sesama manusia maki hamun memang auto pahala masuk syurga ke? Ingat, dosa sesama manusia, kena minta maaf. Jangan rasa power dah maki-hamun buat orang tergores hati. Tak tentu dimaafkan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Yonny turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mengutuk kerana memberi pahala percuma kepadanya.

Yonny dan Nazira selamat mendirikan rumah tangga pada 20 November lalu di Duchess Place, Ampang selepas sebulan mengikat tali pertunangan.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.